Wednesday, 20 February 2013

Petua Kulit Cantik (part two)

Assalamualaikum...

..sambungan entry Petua Kulit Cantik..



 Sudahkah anda menbersihkan muka??


Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu, berkata penting untuk kita mengetahui beberapa perkara yang menjadi asas dalam usaha memastikan kulit sihat dan cantik serta melengahkan proses penuaan.

Menurutnya, kulit berminyak akibat pengeluaran sebum secara berlebihan yang menjadi punca jerawat. Jerawat masalah biasa dialami, terutama di kalangan remaja yang akhir baligh, akibat perubahan hormon tubuh.
“Kulit wajah umpama belon. Ketika usia muda, ia dipenuhi udara. Apabila usia semakin tua, kulit umpama belon yang tiada angin, kendur atau hilang ketegangan.
“Ramai wanita prihatin dengan penjagaan kulit wajah dan tubuh. Jika boleh, mereka mahu kelihatan awet muda dan berusaha melambatkan proses penuaan,” katanya.

Ini berbeza dengan golongan remaja yang kurang mengambil berat penjagaan diri, kecuali dinasihatkan ibu bapa supaya berbuat demikian.

1.        Tabiat mencuci muka perlu diamalkan bagi mengatasi masalah kulit berminyak.

2.        Krim pelindung matahari perlu disapu pada wajah bagi mengelak ia menjadi gelap dan kusam apabila terdedah secara langsung dengan sinaran matahari.
Krim pelindung matahari SPF 50 untuk mereka yang sering berada di luar (bersukan, makan angin atau ketika di tepi pantai)
Krim pelindung matahari SPF 30 untuk mereka yang bekerja di dalam pejabat.
Sesetengah krim pelindung matahari mempunyai minyak mineral yang membuatkan masalah jerawat bertambah buruk.Mereka yang mengalami masalah jerawat dinasihatkan tidak menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan minyak mineral.
Pastikan krim pelindung matahari yang dibeli tertulis ‘noncomedogenic’ untuk mengelakkan liang roma tersekat.

3.        Pemakanan seimbang dan lebihkan buah-buahan untuk mengekalkan kulit cantik dan meremajakan kulit dari dalam.  


4.        Bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat dan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk kekalkan kecergasan tubuh. Senaman secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi lebih lancar dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda

5.        Sapu pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin ketika tidur malam kerana ianya waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif pada produk penjagaan kulit.


6.       Hentikan tabiat merokok & bagi yang tidak merokok (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap rokok

7.        Rawatan muka di salun boleh membuatkan kita berasa lebih selesa, malah orang yang sentiasa gembira nampak lebih muda kerana kegembiraan yang terpancar di wajah antara rahsia awet muda.
8.        Anda juga boleh melakukan self treatment di rumah. Gunakan scrub wajah 2 kali seminggu dan diikuti dengan masker. Bagaimana? Setelah menggunakan scrub wajah, apply masker supaya anda mendapat kesan yang menggembirakan.

* Artikel ini dipetik dari MyMetro yang disiarkan pada : 2012/04/22

No comments:

Post a Comment