Assalamualaikum...
Setelah entry kesihatan, penjagaan kulit, produk Shaklee, kali ni turn baby pulak ye..hehhe Harap semua yang visit page ni dapat sedikit pengetahuan. =)
> Bayi, Mama & Babah <
Sudah pasti anda tidak senang melihat bayi anda menangis
kan? Jika terlihat bayi orang lain menangis pun sudah terdetik kt
hati...”kenapa baby tu nangis?cian dia..”. Betul tak? Mungkin ada sesetengah
kita belum mempunyai pengalaman mempunya bayi ataw menjaga bayi..namun begitu,
sebagai seorang yang meningkat dewasa, kita perlu ambil tahu serba sedikit
mengenai perkara ini...mana tahu satu hari kita terpaksa jadi “baby sitter”
atau bakal menimang cahaya mata. Jom baca apakah sebab bayi menangis dan apa
kita perlu buat untuk tenangkan bayi. =)
Kenapa bayi menangis?
·
Sebab basah
·
Sebab lapar
·
Perlukan perhatian
·
Rimas akibat terlalu banyak perhatian
·
Sakit
·
Penat
·
Sudah terjaga daripada tidur
·
Rasa tidak selesa
Apakah tindakan yang patut dilakukan?
·
Bertindak segera- Jika anda dapati anak mula hendak menangis, angkat dia
dan dukunglah dengan penuh kasih sayang. Bercakaplah padanya dengan suara yang
lembut. Sebaiknya, jangan biarkan dia mula menangis kerana bimbang lambat
berhenti.
·
Rapat- Rapatkan muka bayi anda ke muka supaya bayi anda berasa
lebih tenang.
·
Periksa sekeliling anak- Samada perlu menukar lampin atau tidak. Periksa
kemungkinan bayi anda ada ruam di bahagian yang ditutupi lampin.
·
Haus- Lihat jam, sekiranya sudah tiba masa untuk anak minum,
berikan dia susu kerana dia mungkin haus.
·
Periksa suhu badan anak- Lihat jika anak anda kesejukkan atau
kepanasan
·
Bawa anak berjalan-jalan- Ramai bayi akan berhenti menangis jika
dibawa berjalan-jalan atau paling tidak pun mendodoikannya. Cubalah lakukan
cara ini. Mudah-mudahan anak anda akan rasa lebih tenang dan berhenti menangis.
·
Gunakan bunyi-bunyian- Pada peringkat trimester ketiga kehamilan,
bayi boleh sudah boleh mendengar apa-apa sahaja yang berlaku di luar kandungan
ibunya. Oleh yang demikian, cubalah memainkan bunyi-bunyian yang anda rasa
boleh memenangkan bayi seperti bunyi kipas angin, bunyi mencari frekuensi radio
atau sebagainya.
·
Jangan goncang bayi anda- Walaupun ibu bapa fikir dgn cara ini
dapat mententeramkan bayi ataw meredakan tangisan bayi anda, tetapi perlu juga
difikirkan “the other side”. Goncangan yang kuat boleh menyebabkan kerosakan
pada otak bayi, kecederaan tulang belakang dan kematian.Beware!
·
Bawa anak ke tempat lain- Mungkin bayi anda bosan dgn
persekitarannya,jadi bawalah dia bersiar2 melihat kawasan sekitar yang lebih
berwarna-warni dan menyegarkan.
·
Periksa keadaannya- Pastikan dia berada dalam keadaan selamat
seperti tidak digigit semut dll.

No comments:
Post a Comment