Assalamualaikum...
WHAT SHOULD WE EAT DAILY???
This picture was taken from...
Weight Loss Program - Articles - The Healthy Eating Pyramid (www.weight-loss-program.com)
Hari ni saya ada baca artikel dari livestrong.com mengenai
makanan apakah yang perlu kita ambil setiap hari..
1. Fresh
produce foods
2. Whole-grain
foods
3. Low
fat dairy foods
4. Lean
towards fish (makanan yang menjurus kepada ikan)
Kenapa mesti fresh produce foods?
Kita boleh dapat nutrisi dan serat yang penuh daripada
sayuran dan buah-buahan segar. Selain itu, kita akan dapat menikmati pelbagai
jenis vitamin yang terkandung dalam sayuran dan buah-buahan segar. Jadi,
belilah makanan segar dari pasar dan hindarkan dari membeli makanan seperti
buah-buahan yang telah diproses dan dijual di dalam tin. Untuk kekal sihat dan
dapat kulit yang cantik, anda boleh mengamalkan makan sayur-sayuran dengan
sukatan 3 cawan sehari dan buah-buahan dengan sukatan 2 cawan sehari. =)
Kenapa whole-grain foods?
Whole-grain foods mengandungi zat besi dan b-complex. Jadi,
sekiranya kita makan roti gandum, bijirin dan pasta, kita mungkin dapat nutrisi
dan serat yang hilang semasa pemprosesan untuk menghasilkan roti putih, bijirin
dan pasta yang telah diproses. Karbohidrat kompleks dalam bijirin memberi
tenaga yang berpanjangan kerana mereka mengambil masa yang lama untuk diproses
oleh badan. Oleh itu, amaun yang disyorkan untuk pengambilan 1 setengah cawan
roti gandum ataw bijirin gandum setiap hari.
Kenapa low fat dairy foods?
Kalsium yang diperlukan oleh tulang tekandung di dalam
makanan rendah lemak seperti yogurt, sumber tenusu yang beku dan susu rendah
lemak. Makanan ini disarankan sebanyak 2 cawan setiap hari.
Kenapa makanan yang menjurus kepada ikan?
Badan kita memerlukan protein untuk membentuk otot yang kuat
tanpa lemak yang tidak diperlukan. Dari mana nak dapatkan protein? Jawapannya ialah
dari ikan dan ayam! Lain-lain pilihan yang sihat anda boleh pilih termasuk
trout (sejenis ikan air tawar dari daripada keluarga salmon) dan ikan hering,
yang mengandungi asid lemak omega-3 yang bermanfaat. Anda boleh cuba makan
kira-kira enam auns ikan, kacang, atau ayam setiap hari.

No comments:
Post a Comment