Assalamualaikum...
..sambungan entry Petua Kulit Cantik..
Sudahkah anda menbersihkan muka??
Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru
Ratnavelu, berkata penting untuk kita mengetahui beberapa perkara yang menjadi
asas dalam usaha memastikan kulit sihat dan cantik serta melengahkan proses
penuaan.
Menurutnya, kulit berminyak akibat pengeluaran sebum secara berlebihan yang
menjadi punca jerawat. Jerawat masalah biasa dialami, terutama di kalangan
remaja yang akhir baligh, akibat perubahan hormon tubuh.
“Kulit wajah umpama belon. Ketika usia muda, ia dipenuhi udara.
Apabila usia semakin tua, kulit umpama belon yang tiada angin, kendur atau
hilang ketegangan.
“Ramai wanita prihatin dengan penjagaan kulit wajah dan tubuh.
Jika boleh, mereka mahu kelihatan awet muda dan berusaha melambatkan proses
penuaan,” katanya.
Ini berbeza dengan golongan remaja yang kurang mengambil berat penjagaan diri,
kecuali dinasihatkan ibu bapa supaya berbuat demikian.
1. Tabiat
mencuci muka perlu diamalkan bagi mengatasi masalah kulit berminyak.
2. Krim
pelindung matahari perlu disapu pada wajah bagi mengelak ia menjadi gelap
dan kusam apabila terdedah secara langsung dengan sinaran matahari.
Krim pelindung matahari SPF 50 untuk mereka yang sering berada
di luar (bersukan, makan angin atau ketika di tepi pantai)
Krim pelindung matahari SPF 30 untuk mereka yang bekerja di
dalam pejabat.
Sesetengah krim pelindung matahari mempunyai minyak mineral yang
membuatkan masalah jerawat bertambah buruk.Mereka yang mengalami masalah
jerawat dinasihatkan tidak menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai
kandungan minyak mineral.
Pastikan krim pelindung matahari yang dibeli tertulis ‘noncomedogenic’ untuk mengelakkan liang
roma tersekat.
3. Pemakanan
seimbang dan lebihkan buah-buahan untuk
mengekalkan kulit cantik dan meremajakan kulit dari dalam.
4. Bersenam setiap
hari biarpun cuma untuk waktu singkat dan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk kekalkan
kecergasan tubuh. Senaman secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi
lebih lancar dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda
5. Sapu
pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin ketika tidur malam
kerana ianya waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif pada produk penjagaan
kulit.
6. Hentikan tabiat merokok & bagi yang
tidak merokok (perokok pasif), elakkan
pendedahan pada asap rokok
7. Rawatan
muka di salun boleh membuatkan kita berasa lebih selesa, malah orang yang
sentiasa gembira nampak lebih muda kerana kegembiraan yang terpancar di wajah
antara rahsia awet muda.
8. Anda juga boleh melakukan self
treatment di rumah. Gunakan scrub
wajah 2 kali seminggu dan diikuti dengan masker.
Bagaimana? Setelah menggunakan scrub wajah, apply masker supaya anda mendapat
kesan yang menggembirakan.
* Artikel ini dipetik dari MyMetro yang disiarkan pada : 2012/04/22